No comments:

Apakah dia “Enzim Sampah Dapur?”

Apakah dia “Enzim Sampah Dapur?”

Enzim Sampah Dapur adalah larutan/ramuan kampleks yang dihasilkan oleh penguraian sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, gula jageri atau molasses) dan air. Warnanya perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis. Enzim Sampah Dapur juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya.

Perubahan Persekitaran

Dari hari pertama anda mula membuat Enzim Sampah Dapur, proses pemangkinanny akan mengeluarkan gas ozon (O3), O3 boleh mengurangkan karbon dioksida (CO2) di dalam Atmosfera dan logam berat yang memerangkapkan kepanasan di dalam awan. Bahang kepanasan boleh dikeluarkan daripada Bumi, mengurangkan kesan-kesan rumah hijau dan kepanasan sejagat.

Enzim menukarkan ammonia kepada nitrat (NO3), iaitu sejenis hormone semulajadi dan bahan makanan untuk tumbuh-tumbuhan laut dan kehidupan laut.

Ketahuilah faedah-faedah muktahir bagi menyelamatkan Bumi ini adalah dengan menghasilkan enzim yang boleh dilakukan di dapur anda. Ganjarannya adalah kesejahteraan/kemakmuran Bumi.

• Menjimatkan wang ringgit
• Menukarkan sisa dapur kepada DIY pembersih rumah semulajadi
• Kegunaan yang pelbagai
• Pembersih rumah semulajadi, penapis udara, penyahbau busuk, racun serangga, ditergen, penjagaan badan, penjagaan kereta, baja organic dan sebagainya. Mengurangkan pencemaran.
• Gas Metan yang dikeluarkan daripada sampah dapur yang dibuang boleh memerangkap panas/haba 21 kali lebih banyak berbanding dengan CO2, yang juga penyumbang kepada pemanasan sejagat.
• Menapis air bawah tanah.
• Enzim yang mengalir di bawah tanah dengan secara semulajadi menapis aliran air sungai dan laut.
• Anti bacteria dan virus
• Antiseptic (pembunuh bacteria dan virus) semulajadi untuk rumah anda.
• Mencegah paip kumbah daripada tersumbat dan limbah.
• Mengeluarkan sisa yang terkumpul di dalam paip basin basuh tangan, sinki dan mangkuk tandas.

Langkah-langkah DIY ENZIM SAMPAH DAPUR

Resepi Penyediaan
1. Kontainer plastic kedap udara
2. Air
3. Sisa Dapur (sisa buah-buahan dan sayur-sayuran)
4. Gula- (Gula perang, molasses atau jageri)

Langkah 1
Isikan 60% container dengan air
Langkah 2
Isikan gula 10% daripada jumlah air
Langkah 3
Isikan sisa dapur sehingga 80% kandungan container
Langkah 4
Tutupkan container dengan ketat simpan sehingga 3 bulan (buka setiap hari untuk mengeluarkan gas bagi bulan pertama)

Ramuan Kadar
Gula 1
Sayur-Sayuran & Kulit Buah-buahan 3
Air 10

Berikut adalah kaedahnya
1. Gunakan container kedap udara
2. Larutkan gula dalam air, kemudian tambah sisa sayur-sayuran dan buah-buahan
3. Pastikan terdapat sedikit ruang udara di dalam kontainer untuk penguraian
4. Tutupkan dengan ketat
5. Pada bulan pertama, gas akan dikeluarkan semasa proses penguraian
6. Tolakkan sisa yang timbul ke bawah jika ada
7. Simpan di tempat sejuk, kering dan mempunyai pengudaraan yang baik. Jauhi daripada pancaran terus cahaya matahari. Biarkan penguraian berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan sebelum digunakan.